Pertanian merupakan salah satu daripada bidang ekonomi yang amat penting kepada sumber pendapatan negara. Hal ini adalah kerana negara Malaysia mempunyai permukaan bumi yang diliputi dengan hutan-hutan rimba yang cantik, kawasan tanah rata yang subur dan sebagainya walaupun permukaan bumi ini diliputi dengan 30% tanah dan 70% air. Kemudahan-kemudahan ciptaan Tuhan ini telah banyak membantu kehidupan manusia dalam menjana kewangan untuk penyaraan diri.
Sektor pertanian adalah amat digalakkan untuk diceburi oleh penduduk tempatan. Hal ini adalah demikian kerana bidang pertanian mendatangkan banyak kebaikan dalam kehidupan seseorang individu. Antara kebaikan-kebaikan yang boleh didapati adalah;
1) dapat memberi pendapatan yang kukuh kepada penggiat pertanian.
2) dapat memanfaatkan tanah-tanah yang terbiar untuk dijadikan sebagai kawasan penanaman, seterusnya dapat dijual hasil tanaman tersebut dan dapat membentuk sebuah perniagaan yang jitu.
3) dapat menyihatkan tubuh badan kerana para petani melakukan aktiviti tersebut di luar rumah yang membolehkan proses pengeluaran peluh yang banyak. Toksik di dalam badan juga dapat dibuang membentuk sebuah tubuh badan yang cergas.
4) dapat membina silaturahim yang teguh antara keluarga, saudara-mara malah bersama orang luar. Hal ini adalah demikian kerana jika seseorang petani tersebut membuat ladang, dia dapat membawa sekali ahli-ahli keluarganya untuk membantunya melakukan kerja-kerja yang ditentukan. Selain daripada untuk mengeratkan silaturahim, petani juga dapat mengajar generasi-generasi selepasnya tentang cara-cara untuk menanam tanaman, membuat batas, membaja, membajak, menternak haiwan, dan sebagainya. Perkara ini bukan hanya untuk pengetahuan para generasi ini malah dapat memperkenalkan mereka kepada cara-cara tradisional dahulu supaya sentiasa dikenali dalam kalangan mereka.
5) dapat mengharumkan nama negara sekiranya mengambil bahagian dalam apa-apa penyertaan bidang pertanian dan dapat membina nama baik pertanian negara di mata dunia.
Pada era modenisasi kini, aspek sains dan teknologi berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan bidang pertanian juga turut terlibat dalam evolusi tersebut. Penggunaan mesin-mesin dan jentera telah sedikit sebanyak membantu golongan petani dalam memperhebatkan lagi bidang pertanian. Hasil tanaman juga semakin hari semakin banyak dituai, justeru semakin banyaklah keuntungan yang diperoleh.
Oklah .. sampai sini jer dahulu .. nti aku sambung lagi pengulasan mengenai bidang sains dan teknologi dalam bidang pertanian .. :D
No comments:
Post a Comment