Tuesday, 8 July 2014

Diari Kampus

Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu

Sebelum aku datang ke sini, aku amat berberat hati kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman ku..
Inilah kali pertama aku terpaksa berjauhan dengan keluargaku namun aku tetap teguhkan hati untuk menempuh kehidupan ku sebagai seorang pelajar di UPMKB ini..
Kali pertama aku sampai ke Bintulu, perkara pertama yang terlintas di fikiran ku adalah
1. Makanan mahal
2. Cuaca panas (tak macam kat Kuching)
3. Terpaksa berkenalan dengan kawan-kawan yang baru 
(benda yang paling lemah aku nak buat sebab sebelum ni 
pernah bersekolah di 2 sekolah swasta di Kuching)
4. terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk perbelanjaan ke sini 
5. macam-macam lagi lah benda yang lain yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata...

Hari pertamaku bermula dengan pelbagai urusan pendaftaran yang kami semua terpaksa lalui selama 
6 jam berturut-turut sebab ramai pelajar yang mendaftar pada hari tersebut. 
pada akhir pendaftaran sahaja, jumlah pelajar yang masuk mendaftar adalah sebanyak 400 lebih orang pelajar. 

Aku mengambil Diploma Pertanian sebagai pilihan kursus ku sebagai pelajar di sini.

Gambar di bawah merupakan pengenalan kepada kursus Diploma Pertanian...


Berikut pula adalah syarat-syarat kemasukan permohonan kursus tersebut bagi adik-adik yang ingin mengambil kursus ini pada masa akan datang...

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERTANIAN
Memenuhi Syarat Am Universiti serta SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat sekurangkurangnya kepujian (Gred C atau 6C) dalam mata pelajaran Mathematics, Biology atau Science dan kepujian (Gred C atau 6C) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
- Physics
- Chemistry
- Sains Pertanian
- Additional Science
- Additional Mathematics
- Subjek Sains & Teknikal berkaitan*
(*Geografi/Pengajian Agroteknologi/Pengajian Keusahawanan/Prinsip Perakaunan/Ekonomi Rumahtangga/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Landskap dan Nurseri/ Tanaman Makanan/ Teknologi Bengkel Mesin/ Kerja Menggegas & Melarik/Lukisan Geometri & Mesin/Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan/ Pengeluaran Tanaman/ Pengeluaran Ternakan/ Hortikultur Hiasan & Landskap/Kejenteraan Ladang/Pengurusan Ladang/Asas Pemprosesan Maklumat/Teknologi Katering/Teknologi Maklumat/Perdagangan/ Ekonomi Asas) dan mendapat sekurang kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
KELAYAKAN PEMOHON KATEGORI C
Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada institusi yang diiktiraf oleh Senat UPM.



Mesti ramai yang ingin tahu apakah subjek-subjek yang bakal diambil para siswa dan siswi dalam kursus ini kan?... Baiklah... Aku letak kat bawah ni yer.... :D




Alaaaa...tak dapat nak copy paste lah... tak pe laahh.. ada hari nye aku letak k...
Jangan risauuu jangan bimbang....

Muka mesti ada SINYUUMMMM....



 Oklah You olss... Aku nak post pasal bende lain pulak... hahahahaaaa.... Chauuuuu !!








No comments:

Post a Comment